Friday, August 29, 2008

KosMo- - - - - - PoLiTan


SEBAHAGIAN pelajar yang hadir pada taklimat persediaan pelajar baru ke United Kingdom dan Ireland anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara dan Graduan di PWTC semalam.

KUALA LUMPUR - Serunding dibawa sebagai bekal untuk dijamah ketika bersahur dan berbuka puasa, selain baju Melayu dan baju kurung bagi meraikan Aidilfitri buat pertama kali di perantauan pada awal Oktober ini.

Itulah yang bakal dialami para pelajar yang menyertai Program Taklimat Persediaan Pelajar Baru Ke United Kingdom dan Ireland 2008 anjuran Kelab UMNO Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam sebelum berlepas ke negara berkenaan, bulan depan.

Salah seorang daripada mereka, Aliff Radzuan Mohd. Radzi, 22, dari Selayang berkata, beliau akan berlepas ke London pada 2 September ini untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Surrey.

"Saya hanya akan sempat sekali saja berbuka puasa bersama keluarga di sini. Hari kedua puasa, mungkin saya sudah berada di London.

"Jadi, sebagai persiapan awal, ibu telah menyediakan bekal serunding untuk saya bawa ke sana nanti," katanya ketika ditemui semalam.

Aliff yang akan mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di London menambah, program taklimat yang disertainya itu sesuatu yang penting bagi membolehkan mereka mendapat gambaran awal sebelum tiba di sana.


difotostat dari: koSmO

No comments:

Post a Comment