Program Fikah Luar Negara: Mudah Praktik Islam di mana-mana!
First time overseas? Macam mana nak solat bila tak ada surau? Dekat mana nak ambil wuduk? Apa nak buat kalau tandas tak ada air? Macam mana nak kongsi dapur dengan non-Muslim? Macam mana nak bergaul dengan mereka? Makanan apa yang boleh beli dekat kedai? Macam mana nak solat pada musim sejuk, dahlah waktu solat pendek? Kelas & lab pula sepanjang hari!
Musim panas pula Isyak lewat sangat & Subuh awal sangat! Jadual solat mana nak ikut? Macam mana nak puasa bila hari panjang? Kenapa mula puasa & hari raya berbeza dengan Malaysia? Macam mana nak study dalam keadaan macam ni?
Semua kemusykilan anda & kemudahan dalam Islam yang jarang kita dengar akan dikupas oleh Ust. Maszlee Malik berdasarkan bukunya: Fikah Luar Negara: Mudah Praktik Islam di mana-mana
Tarikh: Sabtu, 18 Oktober 2008
Tempat: LTD, University of Surrey
Tentatif:
12.45 : Solat Zohor
1.00-3.30 : Talk
3.30-4.00 : Rehat & Solat Asar
4.00-5.30 : Talk bersambung
5.30 : Jamuan ringan & bersurai
Semua peserta akan diberi sijil!
Biodata Penyampai:
Ust. Maszlee Malik adalah pensyarah di Jabatan Fiqh & Usul Fiqh di Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusian UIAM. Beliau aktif dalam bidang penulisan dan kebanyakan tulisan beliau adalah berkenaan isu Palestin, isu umat Islam antarabangsa dan fiqh kontemporari. Beliau kini mengikuti pengajian PhD di Durham dan mempunyai blog di alamat maszleemalik.blogspot.com
Jumpa di sana!
Anjuran: MSM, MSS, Kelab UMNO
ko nampak kurus dalam pic tu
ReplyDelete